Saturday, October 24, 2009

Bufday Wishku

Hari Sabtu terasa lebih indah dari biasa (walaup0n terpaksa ke office on my bufday ). Pagi-pagi lagi dah terjaga. Padahal selalu tu alarm dah bunyi berpuluh kali pon x sedar-sedar jugak. Kalau dah bufday, mestilah kena buat bday wish kan... So, here goes the list...

  1. Saya nak jadi workah0lic woman for next 2 years ( 0nly ). Hmm...lepas tu nak jadi mak 0rang pulak...insya Allah !
  2. Nak jadi lebih ambitious. Gile lambat. Dah umur lebih suku abad baru nak ada cita2 macam ni ~
  3. Saya tak sabar nak berparty chit-chat dgn semua my BFF !!! Bila agaknya ya ?
  4. H0pefully mampu bertahan wif my new 'w0rld'. At least setahun dua.
  5. Semoga next bufday , belog ni still wujud lagi. Dan jugak all my fav blogs!
  6. One day, saya nak beli rumah yg saya sewa sekarang ni (bcoz totally in luv dgn rumah & environment kat sini).
  7. I'll make sure my sec0nd car adalah dari cap 'H' :) . Tapi saya akan setia dgn bel0ved baby selama yang mungkin.

Amin!


Tuesday, October 6, 2009

Pilihan Hati

Kadang-kadang...apa yang kita nak tu, tak semestinya terbaik untuk kita.
Dan kita rasa Tuhan itu tidak adil, sebab tak bagi apa yang kita nak.
Tapi kita sebagai hamba -Nya tak nampak hikmah di sebalik semua tu. Atau mungkin setelah sekian lama, baru Tuhan tunjukkan hikmah disebalik semua tu.
Hari ini, aku bersyukur dengan takdir Tuhan ! (walaupun suatu ketika dulu pernah merasa kecewa yg amat sangat...) ... dan aku semakin yakin, bahawa DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya....
hmmm...tiba-tiba em0 la pulak.... ~

Tuesday, September 15, 2009

Kenapa anda (dan saya) tak perlu berduka lara jika masih single (read :belum kahwin) raya kali ni...

Reminder: untuk bacaan orang bujang sahaja. Yang dah kawen tak digalakkan baca, nanti takut korang terasa nak jadi singe balik ;p



1. Paling best sekali, sudah pasti la anda dapat beraya di kampung sendiri. Tak payah susah-susah cabut undi, atau pun buat drama air mata di pagi raya sbb raya kat rumah mak mentua. (Pagi raya sangatlah tak lengkap kalau tak dapat tengok muka mak ayah )

2. Boleh save budget duit raya....sebab bagi kat anak buah sendiri ja (kalau dah kawen of coz lah kena spend utk adik-beradik pasangan anda pulak kan).



3. Dah nama pun tak kawen, mestilah takdak anak (unless ambik anak angkat, itu kes lain). So the whole budget untuk baju raya adalah untuk diri sendiri. Boley melaram dengan sevogue yang mungkin di hari raya nanti.


4. Tak perlu risau dengan skill memasak anda kat rumah mak mentua (especially yang level macam aku la kan). Kalau beraya dengan family sendiri, diorang dah sedia maklum dengan 'kebolehan' anda.

5. Emmmmm...apa lagi ek...alamak dah tadak idea dah.

Kesimpulannya, enjoy lah masa single , selagi boleh :)


p/s: Walaupun best beraya time single, tapi byk jugak yg tak bestnya. Kepada kawan2 yang dah berdua or bertiga di hari raya ni, tahniah ye ...! MEsti raya kali ni lebih meriah ...

Thursday, September 10, 2009

One Month @ ACN


Tahniah kepada diri sendiri... kerana berjaya survive di tempat baru selama sebulan. Hopefully semakin lama, semakin ok la :). ~walaupon sedih meninggalkan tempat lama yang sgt la BESH (apa x bestnya, kol 8 baru nak kua rumah), dan kawan-kawan yg semestinya lagi best ~ ...Bukan aku dengan Angah ja yang kena berkorban sekarang ni. Persona pon. Dia dah tak qualified nak parking kat dalam since kitorang yang paling awal keluar pagi-pagi. Kesian dia ....


Actually dlm gamba ni nak tunjuk stesyen LRT Kerinchi...~kalau terer cari la yang mana~ ....Pagi2 bila sampai ja kat sini , rasa macam x mau turun tren ... :( ..~ perasaan berat hati untuk melangkah ke tempat kerja ~

Cita-cita tahun depan - mungkin nak pindah ke apartment kaler kuning sebelah LRT tu. Bley bangun lambat. Kalau nak exercise, bley jalan kaki ja p keja.... (ye la tu nak exercise kan....)



Saturday, September 5, 2009

Cuti merdeka yang best....


Perasaan ketika ini adalah sangat LEGAAA kerana dah melepaskan rindu dendam pada kampung halaman !!! Selain dari kami 3 beradik ni, Pes0na Baby pon rasanya happy juga dapat balik kampung. Apa taknya, sampai ja kampung, Ayah dah bawak pi servis + mandi sekali. Ayah kata dia tak gamak nak tengok kereta "berlemoih" sangat~ Kesian dia, dah lama tak mandi....
Bila dah berbuka kat rumah, mesti la sgt HEAVEN!!! Kalaau kat Shah Alam jangan harap la. Biasanya berbuka atas k0muter ja :( ....

Tapi baru je kejap duk rumah, hari Isnin pon menjelma.
Haih...berat je rasa nak balik Shah Alam.

On da way balik, mendung ja...Sama la macam mood kitorang ....

Lepas hujan mesti la berkabus kat bukit kan. Teringat masa kecik-kecik dulu, (um0 4-5 tahun) ayah cakap tu hantu (kat bukit) tengah masak nasik. Aku pon percaya ja... ~kesian aku kan ...kecik-kecik dah kena tipu .... ~

And now, here i am . Back to my normal (stressful ) life!

p/s: thanks to ayahanda di atas tajaan minyak petrol dan jugak TnG. and thanks adik2 ku kerana rajin drive. Tapi kalau dapat saman lepas ni, siap la korang...

Wednesday, August 26, 2009

Kerinduan yang teramat sangat....

....kepada ayahanda, dan semua di kampung tu. Lagipon, dah 2 bulan lebih tak balik kampung (pencapaian terbaik gak ni...). Hari kedua puasa, called Kak Bab, adik 2nd last. Bab bagitau yang Joe (adik bongsu) tu dah sib0k dah cari resipi kuih raya (dia mmg minat sangat la bab-bab kuih raya dan masak-memasak ni). Tapi nanti bila dah buat separuh jalan, dah penat, dia tinggal ja suruh orang lain buat. Tu yang masing-masing hangin ja kat dia tu. Tapi yang tak bestnya, Bab pon bagitau yang ayahanda tak berapa sihat (our nightmare bila bulan posa). Teringat lagi kejadian berpuasa/beraya kat hospital tahun -tahun lepas. Tapi .......sampai hari ni, aku dan Angah tak call pon Ayah. Bukan apa, bila dah call konfem tak mampu nak bercakap. Sebabnya ...air mata masing-masing dah bergenang....
p/s: harap2 xde kejadian yang tak dingini puasa kali ni. Amin !

Friday, August 21, 2009

Dugaan minggu kedua la pulak....

Demam (as expected...xdan 2 minggu dah demam). Apa tidaknya, cek out dari rumah kol 6.45. Cek in average time kol 10. Huh. PEnatnyaaaa!!!!

Pagi tadi overslept.

Tren pulak delay . Masuk ofis lambat .Damn.

Otak rasa mcm dah nak terbakar.

Handphone makin menjadi-jadi buat hal. Dan sangatlah xde masa nak p service center.

Dan yang paling x best, gaji lagi 10 hari. UWAAAAAAA!!!!


Obviously, life sgt la miserable sekarang, dan Ramadhan kali ni...pastinya yang paling mencabar...

Apa-apa pon,



Selamat Berpuasa dan Semoga puasa tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya :)

p/s: owh... tak sabarnya nak berbuka di Jitra terchenta !!!!

Saturday, August 15, 2009

Cubaan pertama untuk mematahkan hasrat berkomuter...

Sebagai menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan public transport, maka aku pon decide untuk naik komuter je utk perjalanan balik ke Shah Alam. Tapi..malangnya, baru minggu pertama ...ujian dah pon datang....

Jumaat. 14 August.
6.33 pm- Mood: Sangat hepi sebab dapat balik awal (selalunya lambat 2 jam kot). Sampai KL Sentral. Tengok electronic board. Yes. Tren lagi 10 minit.

6.43pm. Tiba-tiba ada announcement yang paling tak menarik sekali: "Tren ke Pelabuhan Klang yang dijangka tiba pada pukul 6.43 minit petang telah dibatalkan. Tren yang berikutnya dijangka tiba kira-kira 20 minit lagi". Terus transform mood kepada jiwa merana, lagi terseksa.. Tapi yang peliknya, orang lain cam rileks je dengar tren delay. Penyabar betol warga komuter ni. Pelik aku.

7.03: Lega. Tren dah sampai. Tapi terpaksa bertarung la pulak untuk naik since orang pon makin ramai..(oh, kalau ada yang belom tau... crowd k0muter ni energy diorang sangat la scary nak dbandingkan dengan crowd LRT...mungkin energy tersebut didorong oleh waiting time yang sangat lah lama....). KAlau naik LRT rasa mcm dlm tin sardin, yang ni aku pon dah tak tau nak describe macam mana....

7.06: Setelah membiarkan penumpang berebut naik dgn jayanya... tiba-tiba baru lah nak buat anouncement cakap tren ni tak pegi Shah Alam...sampai Batu 3 je. Tren ke Shah alam lagi 10 minit. Damn. KAlau cakap awal-awal tak de la segerombolan nak bersesak-sesak masuk. Hisy. Bertuahnyaaaaa jadi rakyat Malaysia ....kan...???

Sunday, August 9, 2009

Bertuah.... kah...??

I think i've never been lucky in my life. Yes. Really. I worked hard to get every single thing i want. Bukan bermaksud tak bersyukur dengan apa yang tuhan dah bagi, tapi kadang-kadang jeles sebab ada orang tak payah pulun study untuk score, tak payah susah payah diet sebab dah memang kurus (ok ,yang ni memang sangat jeles...), tak perlu susah payah kerja sebab husband dia kaya (eh, tapi yang ni tak jeles kot... aku akan tetap kerja sebab aku rasa lebih independent)...and so on. The same goes with job interview. Selalunya mesti perepare gila-gila. Tapi hasilnya...hmmm :(. But this time...it's really different. Awal-awal tu, siap demand. Konon tak boleh pi interview on that specific date (padahal malas nak pi interview hari Jumaat...mengada x...? ). Sampai interviewer terpaksa buat phone interview je. And for the face to face interview, aku pergi dengan preparation yang tak seberapa. And now... i believe that luck is finally on my side :)
p/s: tapi ada kemungkinan tak interviewer tu terbuat silap...? dan terpilih aku ? hahaha..harap-harap tak la ....

Sunday, August 2, 2009

Hari ini...2 tahun lepas....

Hari ni genap 2tahun di alam pekerjaan.... !!!(walaupon sekarang ni jadi penganggur sementara).


Dari zaman naik bus Rapid, STAR, Putra, bas Bala, keta papa (bak kata Titina), ...

Dari pakai sandal, heels, sampai la sekarang ni pakai comfort shoes saja (Angah kata - tak dan tua lagi ,tapi dah pakai kasut macam mak...apa boley buat Ng02).

Hmm...tak tau la macam mana pulak the next 2 years kerja nanti...

Dan sesungguhnya aku tersangatlah cuak nak menghadapi hari-hari mendatang kat Acc***** !!!
(dari apa yg aku dgr la...keja kat situ mmg pressure....tp berbaloi.. kots...)

S0....Wish me luck :)



p/s: Zaman naik LRT memang tak heran je nak belanja adik2 makan ape pon. Tapi zaman dah ada kereta ..nak belanja McD pon berkira . So...doakan Awong cepat naik gaji kat tempat baru...ok..?